Kelas Multimedia Canva

6 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 05 September 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 Petang. Tujuan kelas kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan poster sempena sambutan Hari Malaysia yang akan di sambut pada 16 September 2019. Mereka telah menggunakan laman Canva bagi melengkapkan poster ini. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan poster tersebut dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali